CARA
MENGERJAKAN IBADAH UMRAH : RUKUN UMRAH
Rukun umrah ada 5 perkara. iaitu:
1. Niat
2. Tawaf
3. Saie
4. Bercukur
atau bergunting
5. Tertib
Huraian terperinci bagi setiap rukun adalah
seperti dibawah.
1. NIAT
Setiap
ibadah hendaklah dimulai dengan niat. Jika seseorang itu tidak berniat sama ada
sengaja atau terlupa umrahnya menjadi tidak sah. Berniat umrah boleh dilakukan
pada bila-bila masa. Berikut ialah lafaz niat umrah:
نويت العمرة وأحرمت بها لله تعالى
Ertinya : “Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku untuk
melaksanakannya kerana Allah Ta’ala.”
2. TAWAF
Tawaf
adalah salah satu rukun yang sangat penting dalam ibadat umrah. Sekiranya ia
tidak dilaksanakan mengikut syarat-syaratnya, ia menjadi tidak sah dan justeru
itu Sai’e, iaitu rukun yang berikutnya juga akan menjadi tidak sah.
SYARAT-
SYARAT SAH TAWAF
Berniat mengelilingi Ka’abah semata-mata untuk menunaikan tawaf
kerana Allah S.W.T.
LAFAZ
NIAT TAWAF UMRAH:
Ertinya: “Aku berniat Tawaf Umrah di Ka’abah ini tujuh pusingan
kerana Allah Taala.”
Tawaf hendaklah dilakukan di luar Ka’abah tetapi di dalam
Masjidil Haram.Tawaf boleh dilakukan di bahagian atas Masjidil Haram tetapi
mesti dipastikan bahu sentiasa mengiringi Ka’abah.
§ Tidak
boleh menyentuh mana-mana bahagian Ka’abah termasuk Syazarwan (bingkai Ka’abah)
semasa tawaf.
§ Tidak
boleh menggunakan laluan di bawah pancur emas antara Hijr Ismail dengan Ka’abah
(kerana Hijr Ismail juga dikira sebahagian daripada Ka’abah).
§ Laluan
tawaf hendaklah bersih daripada najis.
§ Tawaf
hendaklah dimulai dari belakang garisan Hijr al-aswad dan diakhiri dengan
melangkah garisan yang sama.
§ Tawaf
hendaklah dilakukan sebanyak tujuh kali pusingan dengan sempurna dan yakin.
Mesti mengirikan Ka’abah sepanjang masa tawaf. Beri perhatian khusus apabila tiba di penjuru-penjuru Ka’abah.
Mesti mengirikan Ka’abah sepanjang masa tawaf. Beri perhatian khusus apabila tiba di penjuru-penjuru Ka’abah.
§ Mesti
suci daripada hadas kecil (yakni berwuduk).
§ Mesti
suci daripada hadas besar.
§ Badan
dan pakaian mesti suci daripada najis.( mendukung anak lelaki yang belum
berkhatan adalah diaggap membawa najis yang menyebabkan tawaf menjadi tidak
sah).
§ Mesti
menutup aurat.
3. SAI’E
Sai’e adalah juga satu rukun yang penting dan perlu dilaksanakan
dengan sempurna. Walaupun begitu sahnya Sai’e bergantung kepada sahnya tawaf.
Jika kerana sesuatu sebab, tawaf tidak sah maka Sai’e yang walaupun dibuat
dengan sempurna akan turut menjadi tidak sah.
Syarat-syarat sah Sai’e:
§ Hendaklah
dilakukan selepas tawaf.
§ Tujuan
hendaklah semata-mata untuk Sai’e.
§ Sai’e
hendaklah dimulai dari Bukit Safa dan tamat di Bukit Marwah.
§ Sai’e
dilakukan genap dan sempurna bilangan sebanyak tujuh kali. Perjalanan balik
dari Marwah ke Safa dikira sekali pula.
§ Jarak
perjalanan Safa ke Marwah dikira dari kaki bukit ke kaki bukit. Tetapi
sekurang-kurangnya ialah jarak yang ditentukan untuk mereka yang menggunakan
kereta sorong.
§ Perjalanan
dari Safa ke Marwah dan sebaliknya tidak terputus yakni seseorang itu tidak
melencong keluar melalui satu pintu dan masuk semula menerusi satu pintu lain.
4. TAHALLUL
Bertahallul maknanya melepaskan diri dari larangan ihram menurut
cara yang ditetapkan untuk umrah. Bagi umrah seseorang itu boleh bertahallul
setelah selesai melaksanakan dengan sempurna semua kerja-kerja rukun yang lain
iaitu niat, tawaf dan Sai’e.
SYARAT
TAHALLUL
Menggunakan sekurang-kurangnya tiga helai rambut (bukan bulu)
dengan cara bergunting atau dengan cara–cara lain. Tetapi adalah afdhal bagi
lelaki mencukur kepalanya. Bagi orang yang kepalanya tidak berambut memadai
jika dilalukan pisau di atas kepalanya.
Perkara-perkara yang berkaitan dengan jemaah
wanita:
§ Perempuan
yang berambut panjang boleh memotong mana-mana bahagian rambutnya untuk
tahallul asalkan tidak kurang dari tiga helai.
§ Suami
boleh menggunting rambut isterinya sebelum menggunting rambutnya sendiri
selepas kedua-duanya selesai Sai’e umrah. Tetapi sebaik-baiknya suami
menggunting rambutnya dulu.
§ Perempuan
haid boleh bertahallul dan rambut yang dipotong dimasukkan saja ke dalam bekas
yang disediakan.
5. TERTIB
Para jemaah hendaklah melaksanakan segala Rukun Umrah satu
persatu, mengikut tertibnya (aturan).Berikut merupakn rukun umrah yang perlu anda ikuti semasa
mengerjakan ibadah umrah.
CARA
MENGERJAKAN IBADAH UMRAH : WAJIB UMRAH
§ Wajib
Umrah ialah perkara-perkara yang mesti dilaksanakan oleh jemaah umrah,
sekiranya ditinggalkan, ibadah umrah tersebut masih sah tetapi dikenakan
bayaran Dam. Pengabaian terhadap perkara-perkara Wajib Umrah dengan sengaja
adalah berdosa dan dikenakan Dam. Jika ditinggalkan dalam keadaan tidak
sengaja, hukumnya tidak berdosa tetapi masih dikenakan Dam.
§ Berikut
ialah perkara-perkara Wajib Umrah:
§ Berniat
umrah di Miqat (sempadan) yang ditetapkan ataupun sebelumnya.
§ Menjaga
larangan ihram.
§ Miqat
Makani (sempadan tempat) adalah tempat yang ditetapkan bagi seseorang yang
hendak mengerjakan umrah melafazkan niatnya. Niat boleh dilafazkan pada
mana-mana tempat sebelum sampai ke Miqat ini. Tetapi jika sudah melampaui Miqat
ini, niat umrah masih boleh dilafazkan tetapi Dam berupa seekor kambing
dikenakan.
MIQAT
BAGI JEMAAH UMRAH DARI ASIA TENGGARA (DENGAN KAPAL TERBANG):
Qarnul Manaazil – Lebih kurang 94km dari Makkah atau lebih
kurang setengah jam perjalanan sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah. Miqat
ini adalah untuk jemaah yang terus ke Makkah setelah mendarat di Jeddah.
Bir Ali (disebut juga sebagai Zulhulaifah) – Lebih kurang 10km
dari Bandar Madinah atau lebih kurang 450 km dari Makkah. Miqat ini adalah
untuk jemaah yang terus ke Madinah dan dari sana berniat ihram sebelum bergerak
menuju Mekah. Ia juga menjadi Miqat untuk penduduk bandar Madinah itu sendiri.
LAIN-LAIN
MIQAT (DENGAN KAPAL TERBANG) IALAH:
Al-Juhfah – Lebih kurang
187km dari Makkah . Ia menjadi miqat untuk penduduk Syam (Syria), Mesir dan
negara-negara lain dari arah yang sama.
Zaatu ‘irqin – Lebih kurang 94
km dari Makkah. Miqat bagi penduduk Iraq.
PERKARA
YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM BERANGKAT
1. Memotong
kuku;
2. Mencukur
bulu kemaluan , bulu ketiak;
3. Merapikan
rambut dan misai.