Tuesday, February 11, 2014

Perkhidmatan Injection Untuk Pergi Haji Dan Umrah







KAMI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN INJECTION UNTUK PERGI UMRAH DENGAN HARGA RM150.00 / ORANG





Sila HubungiKami :
Poliklinik Penawar Semenyih : 03 8723 1719
Semenyih  (HQ) : 03-8723 4808 / 013 244 8484
Melaka : 06-317 0412 / 013-338 6698
Shah Alam : 019-396 3678
Bandar Baru Bangi : 03-8925 2334
Kuantan : 017-358 1619
Nilai : 012 358 5949










PERISTIWA-PERISTIWA PENTING DALAM BULAN RABIUL AKHIR

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING DALAM BULAN RABIUL AKHIR

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING DALAM BULAN RABI'UL AKHIR.
Rabiul Akhir (ربيع الآخر) atau adalah merupakan bulan Islam yang ke-4. Rabiul Akhir dikenali juga dengan nama ‘Rabiul Thani’ (ربيع الثاني) yang membawa musim bunga yang kedua iaitu waktu ini tumbuhan dan tanaman telah sampai ke penghujung dan kemuncak mengeluarkan bunga. Namun ianya hanyalah sekadar nama dan tidak lagi dikaitkan dengan keadaan dan musim bunga yang sebenar.

Dalam catatan sejarah banyak peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rabiul Akhir,  di antaranya adalah:-
 .
1. Pada bulan ini, Allah سبحانه وتعالى telah menurunkan kepada Nabi Muhammad  surah Al-Hasyar yang bermaksud pengusiran.

2. Berlakunya cubaan membunuh Nabi Muhammad  oleh kaum Yahudi Bani An Nadhir menggunakan seketul batu besar.

3.  Rasulullah  menghantar perutusan kepada kaum Yahudi Bani An Nadhir supaya keluar dari Madinah kerana mengingkari perjanjian damai bersama baginda.

3. Pengusiran ke atas kaum Yahudi Bani An Nadhir dari Madinah kerana kezaliman yang dilakukan mereka pada tahun 3 Hijrah, sehingga terjadinya Peperangan Najran.

4.  Terdapat beberapa peperangan lain yang dicatat berlaku di bulan Rabiul Akhir di antaranya adalah Peperangan Al-Ghabah atau Zi-Qarad dan Peperangan Al-Ghamar.

5. Peperangan Al Ghabah atau Zi Qarad di bawah pimpinan Nabi 
 bagi memburu ‘Uyainah bin Hisn dan 40 orang pembantunya yang telah menyerang dan merampas binatang ternakan penduduk pinggir kota Madianah. Tentera Islam dapat mengejar mereka dan membunuh 4 orang daripada mereka manakala yang lain dapat melarikan diri dan meninggalkan binatang ternakan yang telah dirampas tadi.

6. Perutusan ‘Ukkashah bin Mihsan ke Al Ghamar disertai oleh 40 orang tentera Islam. Tujuannya bagi menyerang kabilah Bani Asad tetapi apabila tentera Islam sampai ke perkampongan mereka di sebuah oaisis, mereka dapati tiada berpenghuni, cuma ada beberapa binatang ternakan dan 200 ekor unta lalu ‘Ukkasyah dan tentera Islam membawanya pulang ke Madinah. 

7. Pengepungan Kota Damsyik  (Syam) selama 70 malam diketuai oleh Abu ‘Ubaidah bin Al Jarrah dan Khalid bin Al Walid r.a pada tahun 14 Hijrah (635 Masihi) di zaman Pemerintahan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq yang akhirnya membawa kepada pembukaan Damsyik.

8. Saidina Abu Bakar As-Siddiq wafat pada pada tahun 634 Masihi selepas 2 tahun menjadi khalifah. Berikutan itu Sayidina Umar Al-Khattab r.a telah di bai`ah menjadi Khalifah yang kedua sebagaimana yang telah diwasiatkan oleh Saidina Abu Bakar sebelum kewafatannya.

9. Tahun fitnah di mana Sayidina Aisyah r.a telah terheret dalam kancah peperangan di antara pasukan Khalifah Ali ibn Abi Talib (sepupu dan menantu dari Nabi Muhammad ) me pada tahun 656 masehi.nentang Bani Umaiyyah. Peperangan Jamal atau perang unta adalah perang yang terjadi di Basra, Iraq

10. Ramai sahabat-sahabat yang gugur syahid di antaranya Talhah r.a dan Ibnu Zubir r.a.

11. Imam Ghazali atau Abu Hamid Muhammad Ibnu Muhammad  Ahmad, seorang ulamak terkemuka telah meninggal dunia pada bulan Rabiul Akhir tahun 505 H (1111M). Karya – karya tulis Imam Al-Ghazali meliputi berbagai bidang keislaman, Kalam, Fiqh, Filsafat, Tasawuf dan lain lainnya yang berbentuk buku maupun risalah.

12. Ada pendapat yang mengatakan 27 Rabiul Akhir adalah tarikh Israk dan Mikraj Rasulullah (tarikh difardukan solat). Namun begitu tarikh yang masyhur dan yang diwartakan di Malaysia ialah pada 27 Rejab. Sehingga sekarang masih belum ada kajian rasmi individu atau pihak tertentu yang menyemak kembali tarikh sebenar berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah .
.
Allahسبحانه وتعالى  berfirman :
وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ الرُّسُلُۚ أَفَإِن مَّاتَ أَوْ قُتِلَ انقَلَبْتُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْۚ وَمَن يَنقَلِبْ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ فَلَن يَضُرَّ اللَّـهَ شَيْئًاۗ وَسَيَجْزِي اللَّـهُ الشَّاكِرِينَ ﴿١٤٤﴾

“Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir murtad)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).” (Surah Ali ‘Imran, Ayat 144)

.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

10 Perkara Sia-Sia

10 Perkara Sia-Sia

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Untidy wastepaper basket.
Sufyan at-Tsauri, seorang ulama hadis terkemuka, menyatakan, ada 10 perkara yang termasuk dalam kategori sia-sia iaitu:

1.      Berdoa untuk dirinya sendiri, tetapi tidak memohon doa untuk ibu bapanya sendiri dan kaum Muslimin. 
2.      Orang yang sering membaca Al-Quran, tetapi tidak membaca secara tertib hingga 100 ayat setiap hari.
3.      Masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid tanpa mengerjakan Solat Tahiyatul Masjid. 
4.      Lelaki yang masuk pada Jumaat ke satu kota, kemudian dia keluar dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah.
5.      Melalui tanah perkuburan, tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah mereka. 
6.      Tinggal dalam suatu lingkungan dengan seorang ulama, tetapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.
7.      Bersahabat, tetapi mereka tidak saling menanyakan keadaan masing-masing dan keluarganya.
8.      Mengundang seseorang menjadi tetamunya, tetapi tidak dipedulikan atau dilayani tetamunya itu.
9.      Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedangkan dia sendiri makan kekenyangan di rumahnya.
10.  Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu berharga untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

Rasulullah  melarang melakukan perkara sia-sia dan tidak pernah melakukan sesuatu yang melampaui batas. Perkara ini ada dijelaskan dalam hadis: “Ketika Mu’awiyah berkunjung ke Kufahmaka Abdullah bin Amr bercerita mengenai Rasulullah , katanya Rasulullah tidak pernah melampaui batas dan tidak pernah melakukan perkara keji. Beliau juga berkata: Rasulullah  bersabda: “Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu adalah orang yang paling baik budi pekertinya.” (Hadis riwayat al-Bukhari).
 .
Rasulullah  bersabda : “Tidak akan berganjak dua tapak kaki manusia pada hari kiamat sehinggalah dia disoal tentang empat perkara. Mengenai umurnya kemanakah dihabiskan umurnya? Mengenai ilmunya, apakah yang sudah dilakukan dengan ilmunya? Mengenai hartanya, dari sumber manakah dia perolehi dan jalan manakah dia belanjakan? Dan tentang tubuh badannya, apakah yang telah dia lakukan?” (Hadis Hasan Sahih riwayat Tirmizi)
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Fadhilat Dan Khasiat Tiga Ayat Akhir Surah Al-Hasyr

Fadhilat Dan Khasiat Tiga Ayat Akhir Surah Al-Hasyr

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

3 Ayat Terakhir Surah Al-Hasyr
.
Tiga ayat akhir Surah Al-Hasyr mengandungi fadhilat dan khasiatnya yang tersendiri. Ianya mempunyai ‘Asma ul Husna’ yang paling agung pada enam aat terkhir dari surah Al-Hasyr. Penyebutan nama-nama Allah yang paling indah yang mengkisahkan sifat-sifat-Nya yang menjadikan-Nya Tuhan. Dia Maha Pencipta dan yang selayaknya disembah. Hanya dengan mengingati Allah maka hati kita dilatih menjadi sedar dan insaf kerana kita ini hamba-Nya.

Keistimewaan Dan Fadhilat Tiga Ayat Akhir Surah Al-Hasyr

Apabila diamalkan membaca tiga ayat akhir Surah al-Hasyr (Ayat 21-24) selepas Subuh dan Asar atau pada waktu pagi dan petang, ia akan;

1.      Mendapat rahmat Allah سبحانه وتعالى.
2.      Allah سبحانه وتعالى menyeru para malaikat agar sentiasa berselawat kepadanya.
3.      Jika meninggal dunia pada hari itu, dia diumpamakan mati syahid.
4.      Dimudahkan memasuki syurga selepas meninggal dunia kelak.
.
Dalil mengenai keistimewaan 3 ayat akhir Surah Al-Hasyr

1)      Daripada Fadhil Ibnu Yassar Al-Muzani r.a berkata: Nabi  telah bersabda :“Sesiapa membaca ketika bangkit subuh “A’uuzubillahis-Sami’il-’alimi-Minas-Syaitanir-Rajim.” Kemudian membaca tiga ayat akhir surah Al-Hasyar maka Allah سبحانه وتعالى mewakilkan 70 malaikat berselawat ke atasnya hingga ke petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal hari itu dikira mati syahid.”

2)      Rasulullah  bersabda: “Sesiapa yang membaca ayat akhir surah al-Hasyr, baik malam mahupun siang, lalu dia meninggal dunia pada hari itu, maka ia berhak masuk syurga.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

3)   Rasulullah  bersabda: “Sesiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyr, maka Allah سبحانه وتعالى mempertaruhkannya kepada tujuh puluh ribu malaikat yang berselawat kepadanya sehingga masuk waktu petang. Apabila dia meninggal pada hari itu, ia meninggal sebagai seorang syahid. Dan sesiapa membaca di waktu petang, adalah dia di tempat yang telah diterangkan itu.”(Hadis Riwayat At-Tirmizi r.a.)


Walaupun hadis di atas dianggap lemah tetapi kita boleh meyakini dan mengamalkannyadengan berkat ‘Asma ul Husna’ yang terkandung di dalamnya dan tujuan beramal dengan Kalamullah. Hanya dengan  meengmbaca tiga ayat akhir surah Al-Hasyr (ayat 22 – 24) yang mudah ini, para malaikat akan berselawat. Semoga dan berkat keikhlasan bacaan itu, kita mendapat syafaat selawat tersebut untuk membantu kita memasuki jannah kelak. InsyaAllah.
.
.
والله أعلم بالصواب