Tuesday, February 11, 2014

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING DALAM BULAN RABIUL AKHIR

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING DALAM BULAN RABIUL AKHIR

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING DALAM BULAN RABI'UL AKHIR.
Rabiul Akhir (ربيع الآخر) atau adalah merupakan bulan Islam yang ke-4. Rabiul Akhir dikenali juga dengan nama ‘Rabiul Thani’ (ربيع الثاني) yang membawa musim bunga yang kedua iaitu waktu ini tumbuhan dan tanaman telah sampai ke penghujung dan kemuncak mengeluarkan bunga. Namun ianya hanyalah sekadar nama dan tidak lagi dikaitkan dengan keadaan dan musim bunga yang sebenar.

Dalam catatan sejarah banyak peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rabiul Akhir,  di antaranya adalah:-
 .
1. Pada bulan ini, Allah سبحانه وتعالى telah menurunkan kepada Nabi Muhammad  surah Al-Hasyar yang bermaksud pengusiran.

2. Berlakunya cubaan membunuh Nabi Muhammad  oleh kaum Yahudi Bani An Nadhir menggunakan seketul batu besar.

3.  Rasulullah  menghantar perutusan kepada kaum Yahudi Bani An Nadhir supaya keluar dari Madinah kerana mengingkari perjanjian damai bersama baginda.

3. Pengusiran ke atas kaum Yahudi Bani An Nadhir dari Madinah kerana kezaliman yang dilakukan mereka pada tahun 3 Hijrah, sehingga terjadinya Peperangan Najran.

4.  Terdapat beberapa peperangan lain yang dicatat berlaku di bulan Rabiul Akhir di antaranya adalah Peperangan Al-Ghabah atau Zi-Qarad dan Peperangan Al-Ghamar.

5. Peperangan Al Ghabah atau Zi Qarad di bawah pimpinan Nabi 
 bagi memburu ‘Uyainah bin Hisn dan 40 orang pembantunya yang telah menyerang dan merampas binatang ternakan penduduk pinggir kota Madianah. Tentera Islam dapat mengejar mereka dan membunuh 4 orang daripada mereka manakala yang lain dapat melarikan diri dan meninggalkan binatang ternakan yang telah dirampas tadi.

6. Perutusan ‘Ukkashah bin Mihsan ke Al Ghamar disertai oleh 40 orang tentera Islam. Tujuannya bagi menyerang kabilah Bani Asad tetapi apabila tentera Islam sampai ke perkampongan mereka di sebuah oaisis, mereka dapati tiada berpenghuni, cuma ada beberapa binatang ternakan dan 200 ekor unta lalu ‘Ukkasyah dan tentera Islam membawanya pulang ke Madinah. 

7. Pengepungan Kota Damsyik  (Syam) selama 70 malam diketuai oleh Abu ‘Ubaidah bin Al Jarrah dan Khalid bin Al Walid r.a pada tahun 14 Hijrah (635 Masihi) di zaman Pemerintahan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq yang akhirnya membawa kepada pembukaan Damsyik.

8. Saidina Abu Bakar As-Siddiq wafat pada pada tahun 634 Masihi selepas 2 tahun menjadi khalifah. Berikutan itu Sayidina Umar Al-Khattab r.a telah di bai`ah menjadi Khalifah yang kedua sebagaimana yang telah diwasiatkan oleh Saidina Abu Bakar sebelum kewafatannya.

9. Tahun fitnah di mana Sayidina Aisyah r.a telah terheret dalam kancah peperangan di antara pasukan Khalifah Ali ibn Abi Talib (sepupu dan menantu dari Nabi Muhammad ) me pada tahun 656 masehi.nentang Bani Umaiyyah. Peperangan Jamal atau perang unta adalah perang yang terjadi di Basra, Iraq

10. Ramai sahabat-sahabat yang gugur syahid di antaranya Talhah r.a dan Ibnu Zubir r.a.

11. Imam Ghazali atau Abu Hamid Muhammad Ibnu Muhammad  Ahmad, seorang ulamak terkemuka telah meninggal dunia pada bulan Rabiul Akhir tahun 505 H (1111M). Karya – karya tulis Imam Al-Ghazali meliputi berbagai bidang keislaman, Kalam, Fiqh, Filsafat, Tasawuf dan lain lainnya yang berbentuk buku maupun risalah.

12. Ada pendapat yang mengatakan 27 Rabiul Akhir adalah tarikh Israk dan Mikraj Rasulullah (tarikh difardukan solat). Namun begitu tarikh yang masyhur dan yang diwartakan di Malaysia ialah pada 27 Rejab. Sehingga sekarang masih belum ada kajian rasmi individu atau pihak tertentu yang menyemak kembali tarikh sebenar berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah .
.
Allahسبحانه وتعالى  berfirman :
وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ الرُّسُلُۚ أَفَإِن مَّاتَ أَوْ قُتِلَ انقَلَبْتُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْۚ وَمَن يَنقَلِبْ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ فَلَن يَضُرَّ اللَّـهَ شَيْئًاۗ وَسَيَجْزِي اللَّـهُ الشَّاكِرِينَ ﴿١٤٤﴾

“Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir murtad)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).” (Surah Ali ‘Imran, Ayat 144)

.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

No comments:

Post a Comment